Hari berikutnya, semua ahli
jawatan kuasa program tersebut diundang untuk hadir ke mesyuarat buat kali
pertama. Mesyuarat tersebut diadakan di Pusat Komuniti Mahasiswa (PUKA) pada
petang hari. Kelihatan semuanya telah hadir.
Muiz gementar. Nurvous!
Maklumlah, ini pertama kali Muiz
hadir ke mesyuarat ala-ala persatuan di universiti. Di sekolah dulu, Muiz juga
salah seorang daripada pelajar yang aktif berpersatuan atau berprogram. Namun,
perubahan keadaan atau lebih tepat disebut sebaai culture shock
menyebabkan dia sedikit kekok.
Dengan adanya istilah yang
pertama kali didengar, iaitu ‘thiqoh’ membuatkan Muiz terpinga-pinga.
Apakah maksudnya? Muiz mencari-mencari. Rupanya apa yang dimaksudkan dengan thiqoh
itu berbeza dengan yang difahami. Ianya membawa banyak makna, mungkin?
Mungkinkah dengan membawa makna
menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan?
Atau orang yang boleh
dipercayai? Atau adanya maksud lain?
Terpulang kepada individu
bagaimana menafsirkannya.
Namun, yang jelas pada waktu
itu, Muiz memahaminya dengan kefahaman menjaga ikhtilat. Maka,
bersungguh-sungguhlah si Muiz ini menjaga. Haha. Ditambah pula dengan adanya akhawat
berpurdah. Betul-betul culture shock.
Mesyuarat dimulakan dengan Ummul
Quran, al-Fatihah. Lalu Khairi selaku tuan pengarah ASD meneruskan dengan
agenda yang pertama, ta’aruf.
“Mana satu si Umairah ni?”,
bisik Muiz dalam hatinya.
“Krioookkkk”, bunyi pintu
seolah-olah ada orang yang membukanya. Kelihatan Umairah yang sedang masuk dan
menuju ke arah bulatan mesyuarat. Namun, Muiz masih belum mengenalinya.
“Assalamualaikum, maafkan
ana terlambat. Ana ada urusan lain tadi”, kata Umairah kepada jema’ah.
“Yang ini ke Umairah?”, Muiz
berbisik sendirian lagi.
Putaran demi putaran.
Giliran silih berganti.
Tiba giliran Muiz untuk
memperkenalkan dirinya.
“Bismillah, ana Muhammad
Muiz bin Mohamed Husin, tahun satu, takhassus Fiqh wa Usuluh, ditaklifkan
sebagai unit publisiti”, sedikit pengenalan daripada Muiz.
“Oh, inilah ketua aku”, Umairah
pula berbisik.
“Uhh, lega! Nasih baik tak gagap”,
Muiz bermonolog lagi.
Sebenarnya, tika Umairah
menghala ke ruangan mesyuarat, dia telah mengambil tempat di awal kitaran akhowat,
manakala Muiz berada pada bilangan akhir syabab untuk memperkenalkan diri.
Bermakna, selepas Muiz memperkenalkan diri, giliran Umairah pula yang akan
menyusul.
“Bismillahirrahmanirahim,
nama ana Siti Umairah binti Mohd, juga tahun satu, takhassus Fiqh wa Usuluh,
ditaklifkan menjadi timbalan kepada unit publisiti, Ustaz Muiz”, ucap Umairah.
“Hah! Laaaa, ini ke timbalan
aku. Berpurdah rupanya. Thiqoh tak agaknya eh?”, soalan yan bermain di benak
fikiran Muiz tika itu.
Ta’aruf itu berterusan
sehingga ke giliran akhir akhawat, iaitu pada giliran Linda, timbalan
pengarah program ASD.
Khairi meneruskan lagi kepada
agenda yang seterusnya. Pembentangan kertas kerja dan hal-hal berbangkit.
Saat berganti minit.
Minit berganti jam.
Akhirnya, mesyuarat tersebut
dapat dihabiskan dalam masa 2 jam 30 minit.
“Alhamdulillah, habis juga
akhirnya”, kata Muiz kepada salah seorang sahabatnya yang juga ahli jawatan
kuasa program tesebut, Haikal.
ASD semakin hampir. Pesediaan
semakin dirapikan. Mesyuarat berganti mesyuarat.
Muiz dan Umairah semakin sibuk
dengan poster mereka. Design itu. Design ini.
Antara tiga kalam pimpinan yang perlu disiapkan oleh Muiz dan Umairah.
Pemimpin yang hebat tidak akan muncul dengan hanya berjaya di atas kertas imtihan sahaja tetapi muncul di tengah tengah masyarakat dan bermandi ujian demi ujian dengan tabah dan hasil ini mesti melalui proses pembentukan yang baik. Jom jadi Super Man Daie – kalam Saudara Iman, Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PMMUM).
Tarbiyah literalnya bermaksud bertumbuh. Umpama pohon, usai mengakar, ia bertunas. Bertumbuh perlahan namun tetap. Luas dalam tarbiyah pula; murabbi & mutarabbi sama-sama saling bertumbuh. Bertambah baik daripada sehari ke sehari. Berdikit-dikit namun pasti. Melalui Akademi Super Du'at, kita belajar. Belajar untuk 'bertumbuh' dan bertambah baik. Insyaallah! – kalam Saudar Aiman, Timbalan Presiden I Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PMMUM).
Berdakwah tidak cukup dengan sekadar menyahut seruan Allah dan RasulNya tetapi perlu kepada ilmu metodologi dakwah berkesan supaya dakwah sampai kepada sasarannya. Justeru Akedemi Super Daie merupakan salah satu medan latihan dan praktikal yang penting buat para du’at untuk memperkemas skill dakwah yang berkualiti ke arah masyarakat muslim yang diredhai. Jadi apa tunggu lagi wahai du’at, jangan lepaskan peluang keemasan ini – kalam Saudari Amirah, Timbalan Presiden II Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PMMUM).
Antara tiga kalam pimpinan yang perlu disiapkan oleh Muiz dan Umairah.
Tugasan berganti tugasan.
Kerjasama semakin utuh.
Mereka membahagikan tugasan. Muiz
perlu menyiapkan poster yang berkaitan dengan promosi, nametag dan backdrop
semasa progam. Manakala Umairah pula perlu menyiapkan logo program dan hal-hal
lain yang berkaitan dengan program.
“Maafkan ana tu ustaz. Banyak pula
ustaz yang kena buat”, mesej Umairah kepada Muiz.
Antara tugas lain yang perlu Umairah
selesaikan adalah print out setiap nametag yang dihasilkan oleh
Muiz. Demi mengelakkan perpecahan pada skala gambar (istilah para designer),
Muiz berhasrat untuk menyerahkankannya dalam pendrive.
Umairah memberi respon positif dan
Muiz berjanji akan menghantarkannya pada esok hari.
Setelah selesai beberapa kerja yang perlu diselesaikan, Muiz bergegas ke katilnya dan terus membuka lipatan hiromnya (selimut tebal). Muiz terus berhayal dan terus menunggu datangnya hari esok.
Bersambung..
Setelah selesai beberapa kerja yang perlu diselesaikan, Muiz bergegas ke katilnya dan terus membuka lipatan hiromnya (selimut tebal). Muiz terus berhayal dan terus menunggu datangnya hari esok.
Bersambung..
0 comments:
Post a Comment