(28 Oktober 2012/12 Zulhijjah 1433) - Tulisan ini telah ditulis pada tarikh tersebut.
Bismillahirrahmanirrahim!
Bismillahirrahmanirrahim!
Kubu? Selalu sinonim dengan pertahanan. Sebelum itu, anda semua boleh membaca kisah mengenainya terlebih dahulu.
Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi. Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba. 1142 M, Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak (Montreal) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini. Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin. Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan.
Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly. Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan. Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka.
Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya. Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam. Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut. Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut.
Dah baca? Menarik bukan cerita di sebalik semua ini. Alhamdulillah, Allah bagi kami kesempatan untuk melawat tempat bersejarah ini. Kami pergi selepas selesainya makan-makan di Majlis Korban PERMATA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah) bersama semua pelajar-pelajar di mantiqah(negeri) tersebut. Selesainya makan, kami pulang ke rumah dan rehatkan badan sekejap. Lebih kurang jam 3.00 petang, kami pun bertolak ke Castle Karak yang terletak di daerah Karak dengan tambang 30 qursy (0.30 x 4.40=?) - convert to RM!
Di sini juga kami semua boleh lihat pemandangan di bawah, memang gerun! Kalau siapa yang gayat aku nasihatkan tak usah la nak panjat sana panjat sini. Silap-silap hari bulan arwah jawabnya.
Waktu senja semakin hampir dan kami terpaksa berjalan keluar dari kawasan tersebut. Kami juga sempat singgah di kedai yang terdapat di sana untuk membeli keperluan musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kami sangat beruntung kerana kami menemui kedai borong yang menjual barangan syita' dengan harga yang berpatutan. Penjual kedai tersebut juga sangat peramah. Mereka melayan kerenah kami ketika membeli.
Selesainya berborong, apa lagi? Kami pulang ke Mu'tah. Sampai rumah terus rehat!
Setiap gambar akan ada cerita mengenainya dan setiap cerita akan ada penghujungnya! Itulah putaran kehidupan kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta.
Mengenai ukhwah yang terjain antara kami adalah satu nikmat yang patut aku syukuri. Tiada mereka yang bergelar sahabat maka tidak akan lengkaplah kehidupan aku sebagai penghuni dunia yang sementara ini. Mereka ibarat butiran tasbih yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya tidak akan pernah berhenti berzikir dan mengingati Yang Maha Esa, itulah ukhwah! Aku hanya mampu berdoa semoga ikatan setiap antara kita akan terus terjalin dan tidak akan pernah putus di tengah jalan. Mudah-mudahan Allah akan menjaga ukhwah ini.
P/s: Ayat sedikit poyo di situ! Haha.
0 comments:
Post a Comment