"Segera kau dekatkan diri pada Allah, adukan semua masalahmu kepadaNya, berdoalah padaNya, jangan putus asa dengan rahmatNya, hanya Allah yang dapat menolongmu..!", kedengaran ringtone nyanyian Medina feat Umi Pipik yang ditetapkan pada handphone Muiz.
Muiz bergegas mendapatkan handphonenya, lalu dijawab.
“Assalamu’alaikum ustaz. Ustaz ke yang Ketua Publisiti Akademi Super Daie (ASD), Ustaz Muiz?”, tanya Umairah.
Muiz bergegas mendapatkan handphonenya, lalu dijawab.
“Assalamu’alaikum ustaz. Ustaz ke yang Ketua Publisiti Akademi Super Daie (ASD), Ustaz Muiz?”, tanya Umairah.
“Wa’alaikumussalam, ya.
Siapa ni?”, jawab Muiz sambil bertanya kembali kepada Umairah.
“Ana Ustazah Umairah, timbalan
ustaz. Ustaz ada terima apa-apa arahan ke berkaitan dengan jobskop kita?”,
tanya Umairah tanpa memanjangkan muqoddimah.
Muiz dengan pantas menjawab,
“Maaf, ana masih belum menerima apa-apa arahan daripada Ustaz Khairi”.
“Oh, kalau macam tu tak pe la.
Ana cuma nak tanya yang tu je. Kot-kot dah ada kerja yang perlu dibuat. Ana
harap kita dapat bekerjasama dengan baik. Terima kasih!”, dengan pantas Umairah
meletakkan panggilan setelah selesai membuat panggilan dengan Muiz.
“Hishh, macam syadid je ustazah
ni! Seram pulak aku”, Muiz bermonolog.
Hari berganti hari.
Mereka meneruskan tanggungjawab
mereka sebagai designer program
ASD. Designing?
Bukan semudah yang disangka. Apatah lagi Muiz dan Umairah bukanlah pakar dalam
bidang tersebut, mereka hanya mencuba nasib setelah diminta jasa baik mereka
untuk sertai program tersebut sebagai ahli jawatan kuasa.
Photoshop.
Vegas pro.
Power point.
Mungkin boleh dikategorikan
sebagai elemen penting dalam dunia pengeditan, walaupun tidaklah begitu besar
penggunaanya atau sumbangannya. Sedikit sebanyak membantu kedua-dua futur yang
baru mula melangkah.
Tahun 1 di bumi Syam.
Semester kedua.
Jadual kehidupan masih belum
teratur.
Apatah lagi mengenal erti cinta.
ASD semakin hampir. Tarikh
semakin mendekat. Poster mula diedit. Idea Muiz sedikit terbantut ketika itu.
Tools dalam photoshop yang
banyak membuatkan Muiz ingin mencuba segalanya walaupun masih merangkak.
Ops!
Sebenarnya, Muiz banyak belajar
ilmu photoshop daripada temannya, Azri. Walaupun mungkin Muiz semakin pro
daripada Azri dalam jangka masa yang pendek, akan tetapi Azri merupakan
pencetus kepada minat Muiz dalam ilmu kesenian seperti ini. Siapa sangka?
Ding!
Satu facebook message masuk ke
dalam akaun Muiz.
“Assalamu’alaikum Ustaz Muiz. Ni
gambar pimpinan PMMUM”, terpampar dengan jelasnya tiga orang tokoh hebat
PERMATA, iaitu Iman, Aiman dan Amirah yang dihantar oleh Umairah.
“Ana dah call Ustaz Iman Ustaz
Aiman. In sha Allah, hari Ahad ni ana bagi ketiga-tiga kalam pimpinan tu ye”,
tambah Umairah.
Malunya insan yang bernama Muiz
ini, sehingga setiap mesej yang masuk yang dikirimkan oleh Umairah dibalas
dengan ‘oke’ sahaja, lagi bersahaja.
“Satu lagi ustaz, Ustazah Linda
nak poster tu 4 May nanti. Kalau ada apa-apa nak minta tolong, just bagitahu
ana. In sha Allah, ana cuba bantu”, Umairah menambah lagi.
Muiz meneruskan dengan sifatnya
yang malu. Hanya ‘oke’ yang dibalasnya.
Bunga mula berkembang.
Kelopaknya mula membuka dan mengeluarkan harumannya.
“Astaghfirullah, Muiz!
Apa kau ni?!”, Muiz bermain dengan perasaan sendiri.
0 comments:
Post a Comment