Pernah ketika di mana saya masih berada di bangku sekolah Maahad Amir Indra Petra, sewaktu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya meneruskan pembelajaran saya dengan mengambil kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) buat sementara waktu sebelum saya pulang ke Kuala Lumpur di mana salah satu subjek yang terdiri daripada subjek-subjek STAM adalah al-Hadis. 'Madah' ini diajar oleh Ustaz Munir yang mana juga berkelulusan daripada salah sebuah universiti di Jordan.
Hutang? Oh, semoga Allah melindungi kita daripada bebanan hutang. Bila kita perhatikan makna hutang daripada perspektif Islam, ada hadis Nabi SAW yang menyebut mengenai hutang dengan jelas. Antara hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Ustaz, terima kasih kerana mendedahkan saya tentang doa ini. Alhamdulillah, saya menghafalnya dan mengamalkannya dalam solat. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa Ustaz dalam mengenalkan saya mengenai ilmu ini. Syukran a'la kulli hal.
Maaf jika penulisan saya ini ada yang kurang tepat atau kurang memuaskan. Saya hanya manusia yang kerdil yang begitu cetek ilmunya. Sebarang penambahan atau komentar amatlah dialukan. Jazakumullah khoiron jaza'.
Kalam Amir
Darr al-Firdaus, Mutah
20 Desember 2013 | 2003 - Jordan
Gambar Hiasan |
Antara hadis yang sempat saya pelajari ketika itu adalah hadis yang berkaitan dengan doa selepas tahiyat akhir sebelum salam. Ustaz Munir begitu 'asyik' dalam menerangkan kelebihan doa tersebut sebelum salam dalam solat. Dan saya juga 'asyik' dalam mendengar syarahan Ustaz mengenai doa tersebut.
Daripada Aisyah R.A: Sesungguhnya Nabi SAW berdoa di dalam solat:
اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسيحِ الدَّجَّال،وأعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ، اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ من المأثمِ والمَغْرَمِ
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah masih ad-dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hambatan dosa dan hutang". (HR Bukhari dan Muslim)Ustaz terus menerus mensyarah mengenai hadis tersebut sehinggalah tiba doa yang terakhir dalam hadis tersebut iaitu 'Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hambatan dosa dan hutang'. Ustaz cuba membawa kami menyelami doa berlindung daripada hambatan hutang ini. Ini dapat dilihat daripada doa yang diajar oleh Nabi SAW yang berbunyi:
"Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang. Lalu Baginda ditanya: Mengapa Tuan sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari". (HR Bukhari)Subhanallah! Sekarang saya mengerti mengapa Ustaz menekankan doa ini sehinggakan ada kalam yang disampaikan oleh beliau masih saya ingat sehingga sekarang. "Nok gi mano gak gaduh-gaduh dale smaye? Dapat ko baco doa ni tok sapa brapo minit jah!", kata Ustaz. Katanya ringkas namun penuh makna.
Hutang? Oh, semoga Allah melindungi kita daripada bebanan hutang. Bila kita perhatikan makna hutang daripada perspektif Islam, ada hadis Nabi SAW yang menyebut mengenai hutang dengan jelas. Antara hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Diampunkan semua dosa bagi orang yang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)" (HR Muslim)
"Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya” (HR Bukhari)Allahu Akbar! Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Nabi begitu cerah dan jelas mengenai hutang sehinggakan orang yang mati syahid juga tidak terampun dosanya dek kerana hutang. Oleh itu, apa yang mampu saya katakan adalah lebih baik jika kita mampu, elaklah daripada berhutang kecuali jika benar-benar dalam keadaan yang sarat dan kesempitan.