Friday, 10 January 2014

Kerak Volcano

APA ITU KERAK VOLCANO?



Kerak Volcano merupakan nama bagi studio kami. Studio? Ya, kami sengaja atau cuba untuk mewujudkan medan dakwah menggunakan kaedah multimedia. Sebagaimana semua maklum, media adalah tidak asing bagi kami bagi anak muda. Sering kami membuka laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan bermacam lagi dan juga boleh dikatakan setiap hari. Kami juga ingin mengambil peluang sebagaimana sahabat-sahabat kami yang lain dan semestinya bukan kerana ingin meraih populariti.

Berbalik kepada tajuk kita, Kerak Volcano? Apa itu? Kalimah 'Kerak' diambil daripada suatu kejadian yang berlaku di rumah sahabat-sahabat saya, Bayt Legoland di mana mereka telah menanak nasi menggunakan periuk elektrik (Zaman moden) dan pastinya di bahagian bawah nasi mempunyai kerak, betul? Jadi, itulah asal daripada kalimah 'Kerak'. Ya, memang kerak nasi. 

Bagaimana dengan kalimah 'Volcano' pula? Ia juga diambil melalui kejadian yang sama yang telah saya sebut di atas sebentar tadi. 'Volcano' ini terjadi apabila mereka menanak nasi dengan lebihan beras yang banyak sehingga melimpah keluar daripada periuk nasi tersebut. Kami menggelarnya 'Volcano'. Bunyinya lucu, namun inilah salah silah 'Kerak Volcano'.

TEAM OF KERAK VOLCANO

Kami hanya terdiri daripada 8 orang ahli sahaja. Bagi saya, mereka semua bersifat awesome. Manakan tidak, segala penat lelah kami kerjakan bersama tanpa ada yang curi tangan. Mungkin akan ada penambahan bagi ahli kami. Namun, ianya tidak pasti bila. In Sha Allah, jika mempunyai kelapangan. Oh ya, team ini bukanlah sebuah badan organisasi yang bernaung di mana-mana bawah badan pentadbiran sesebuah pihak. Kami tidak terikat dengan mana-mana agensi. Kami bebas dan itu mungkin lebih aman dan selamat.

Ini adalah link kepada pengenalan Team of Kerak Volcano. Kerak Volcano ini telah ditubuhkan pada 10 Desember 2013. Sejujurnya, kami tidaklah semahir atau sehebat yang yang lain. Namun, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat kami dalam meneruskan niat kami. Mudah-mudahan, Kerak Volcano terus ke depan hendaknya.

'SHORT FILM' PERTAMA




Al-Hamdulillah, filem pendek kami yang juga merupakan hasil pertama kami dalam menerajui Kerak Volcano ini dapat disiapkan juga dalam masa empat hari dengan penat lelah dan juga gandingan bahu di antara kami. Pada hakikatnya, short filem ini adalah salah satu short film yang akan dipertandingkan dalam contest MDC (MU'TAH DESIGN COMPETITION). Sesungguhnya, kami tidaklah mengharapkan kemenangan bagi pihak kami kerana kami baru sahaja memulakan langkah dalam bidang ini. Jika ada rezeki, menanglah kami. Namun, jika sebaliknya, kami akan cuba pada kali yang akan datang.

Short film kami berjudul 'B.U.T.A'. Mengisahkan seorang sahabat yang buta dalam mencari makna hidup di perkampungan Mu'tah dihimpit kecelaruan dan sering tidak mengendahkan sahabatnya yang selalu mengajak kepada kebaikan. Tontonlah filem pendek ini pada tarikh yang akan kami maklumkan kelak kerana filem ini tidak boleh disiarkan oleh kami kerana terikat dengan beberapa syarat pertandingan. Pihak penganjur sendiri yang akan mem'publish' kesemua short film yang berdaftar dan bertanding.
Saya dan sahabat-sahabat saya mengharapkan kritikan atau komentar yang positif daripada kalian semua. Moga-moga kami terus maju ke hadapan. In Sha Allah, semoga Allah menilai baik gerak kerja yang telah kami laksanakan. Ameen. 

Credit to: Faiq, Arbaie, Amerul, Hanif, Fikri, Adilah dan Hanz

Kalam Amir
Darr al-Firdaus, Mu'tah
10 January 2014 | 0800 - Jordan

0 comments:

Post a Comment