30 Januari 2014, sebuah perjalanan yang bakal mencipta sejarah dalam kehidupan aku. Sebuah perjalanan yang mungkin memberi aku seribu satu erti. Sebuah perjalanan yang sangat diimpikan oleh setiap orang yang bergelar mukminin. Sebuah perjalanan yang menjadikan setip detik dalam menuju Allah akan sentiasa terpahat di kalbu pendosa ini. Aku bersyukur kerana aku terpilih. Aku bersyukur kerana aku tergolong di dalam kalangan orang yang terpilih.
Sepanjang aku berada di Jordan, hampir tiga kali permohonan aku untuk mengerjakan umrah gagal disebabkan beberapa faktor. Namun, kali ini dengan izin dan rahmat-Nya, Dia memperkenankan doaku dalam menyucikan hati yang sedikit hitam dan gelap.
Ya, banyak persiapan yang seharusnya aku lakukan sebelum ke sana. Mungkin persiapan dari sudut jasmani, aku telah mempersiapkannya. Tetapi jikalau dari sudut rohani? Sesungguhnya aku tergolong daripada kalangan mereka yang lalai. Allahumma ighfirli Ya Allah! Namun, Dia tetap Pengasih akan diriku kerana Dia inginkan aku segera menyucikan dan menjernihkan kembali hati yang telah lama tersumbat dek kerana dipenuhi dengan toksik-toksik maksiat dan kealpaan.
Di kesempatan ini, aku memohon bagi pihak diri sendiri agar dimaafkan segala kesalahan dan khilaf diri sepanjang aku berkenalan dengan kalian semua. Walaupun terkadang aku sering menyakitkan hati seseorang itu, aku juga adalah manusia yang tidak pernah terlepas dari status 'Pendosa'. Dan jika aku masih mempunyai hutang yang tertunggak, bolelahlah dituntut daripada aku. Berharap semoga didoakan agar perjalanan kami selamat pergi dan juga selamat pulang. Hasbunallahu wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir.
Haramain, Makkah al-Mukarramah - Madinah al-Munawwarah.
'Kerana aku adalah pendosa, aku datang meyahut paggilan-Mu Ya Allah'.
Kalam Amir
Darr al-Firdaus, Mu'tah
29 Januari 2014 | 0649
Sepanjang aku berada di Jordan, hampir tiga kali permohonan aku untuk mengerjakan umrah gagal disebabkan beberapa faktor. Namun, kali ini dengan izin dan rahmat-Nya, Dia memperkenankan doaku dalam menyucikan hati yang sedikit hitam dan gelap.
Di kesempatan ini, aku memohon bagi pihak diri sendiri agar dimaafkan segala kesalahan dan khilaf diri sepanjang aku berkenalan dengan kalian semua. Walaupun terkadang aku sering menyakitkan hati seseorang itu, aku juga adalah manusia yang tidak pernah terlepas dari status 'Pendosa'. Dan jika aku masih mempunyai hutang yang tertunggak, bolelahlah dituntut daripada aku. Berharap semoga didoakan agar perjalanan kami selamat pergi dan juga selamat pulang. Hasbunallahu wani'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir.
Haramain, Makkah al-Mukarramah - Madinah al-Munawwarah.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ