Sunday, 21 December 2014

Pasca Ketika Pilihan Raya

Kepimpinan bukanlah semata perlu menyemak fail, mengadakan perjumpaan bulanan beberapa kerap dalam menyelesaikan masalah dan isu dan sebagainya.

Saya lebih suka katakan bahawa kepimpinan perlu dimulai dengan latihan pada diri sendiri terlebih dahulu, terutama jika pemimpin itu adalah lelaki. Ya, ramai yang akan bilang, "Orang lelaki yang bujang biasalah kalau hidup macam ni. Tak perlu la nak bajet sangat".

Sembang seorang kawan, "Kau nak tahu tak, masa aku gi rumah pimpinan syabab punyalah bersepah macam bukan rumah orang. Dengan barangnya berselerak, baju tak tersidai, ditimbunnya pula dalam bagasi, tandas? Uh, lagi la teruk. Daki dia aku nak cerita pun geli. Kalau macam tu lah, aku tak rasa dia seorang pemimpin yang baik. Apatah lagi nak pimpin orang lain. Sembang dia bukan main kencang, tapi hampeh! Nak-nak akhowat, bukannya dia tahu yang rumah dia tu macam ni. Memang melambung la pujian akhowat kat dia. Hakikatnya? Huhhh..". 

Aku hanya terdiam.
Terkunci.

Semua orang sibuk. Masa 24 jam satu hari. Tiada kurang, tiada lebih. Perbezaan? Carilah pada diri sendiri.

Bila darjat semakin meninggi di kalangan manusia, semakin anda akan sentiasa ada pujian dan undangan. Maka jagalah reputasi diri anda sebagai seorang pemimpin yang KEMAS, bukan sekadar berkaliber dan pandai menanam tebu pada bibir sahaja.

Tidak elok dan tidak molek jika diperkatakan sebegini rupa, tetapi itulah DUNIA KEPIMPINAN! Sentiasa akan dipandang dan dikritik. Mendengar? Terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Tahniah dan takziah kepada semua kepimpinan baru sesi 2015/2016.

* Lepas ni boleh adakan ziarah mahabbah ke rumah pimpinan pula, kita lihat dan kita nilai. Berwaspada!

Read more…

Wednesday, 3 December 2014

Bingit Pilihan Raya Kampus (PRK PERMATA) 2014

Aku banyak mengenali rakan setaulan ketika mana aku berada di dalam persatuan.

Persatuan menyatukan, bukan memisahkan.

Persatuan memantapkan kemahiran yang terpendam dan yang telah lama berkarat juga pelajaran, bukan menambahkan lagi keterbantutan pelajaran. 

Semuanya kembali kepada kesedaran dan bagaimana seseorang itu mengurus masa, bukan menyalahkan persatuan.



#roadtoprkpermata
#darikitauntukkita

Selamat mencalon ahli #PERMATA!

Read more…

Saturday, 6 September 2014

[Gallery 2] Akademi Super Da'ie

Was held on 9 July 2013

The left one was Zulfadhli and the right one was Tengku Arbaie. 
The President of PERMATA (2013/2014) - Ustaz Ehsan Sabri.
The talk was given by Ustaz Ihsan Fadhli under the title "How to be a smart Da'ie".
(Graduated from Mu'tah University)
The inauguration of Akademi Super Da'ie.
Ustazah Aisyah gave a speech
(Graduated from Mu'tah University)
One of the presentations about "Sosial life". 
Ustaz Hanif Ali (Graduated from Mu'tah University) gave a talk under the title "Pengurusan: Satu tuntutan dalam Islam".
One of the activities (discussion) about "Da'wah" in ASD.

Read more…

Jaulah Fanzuru JOJO

[Repost from blog www.syabab197.blogspot.com]
26 Mei 2013

Ok, “Jaulah Fanzuru”, apakah itu? Mungkin ada yang di kalangan kita tidak tahu apakah maksud kalimah itu. Biar bagaimana pun, ada juga yang tahu. Namun, rasanya tidak salah bagi saya untuk menerangkan kembali apa maksudnya.

Kalau dalam Bahasa Arab, ianya ditulis sedemikian “جولة فانظروا”! Jaulah bermaksud “Pelancongan” manakala Fanzuru bermaksud “Maka Lihatlah” yang mana ianya berasal daripada fe’el amar (فعل الامر). Fe’el amar ini menunjukkan “Perintah”. Sebenarnya Fanzuru adalah nama bagi pelancongan yang diadakan ini. Jadilah ia sebagai “Pelancongan Maka Lihatlah”. Mesti ada yang di kalangan kita berasa pelik dan aneh maknanya. Jaulah ini diberi nama sedemikian kerana ianya sangat sesuai dengan hadaf (tujuan) yang sebenar diadakan jaulah ini yang mana tidak lain tidak bukan adalah melihat kekuasaan Allah SWT. Maka lihatlah! Kita bukan hanya sekadar melancong, tetapi kita mengambil ibrah dan iktibar daripada ciptaan Allah dan kekuasaan-Nya. Maka lihatlah keagungan-Nya yang Maha Besar itu dengan penuh kerendahan diri. Subhanallah!



Jaulah ini adalah anjuran oleh sebuah BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri) di Jordan yang bernaung di bawah MPMMJ. BKAN Johor! Jaualah selama 3 malam 2 hari(kalau tidak silap). Walaupun saya bukanlah ahli rasmi atau sekutu BKAN ini, namun saya melibatkan diri juga dalam jaulah ini. Saya tidak hanya ingin berdiam diri di rumah dengan hanya mengadap buku, lappy, tablet dan etc. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk men”join”kan diri dalam jaulah ini dengan harapan ingin mengambil ibrah dan hikmah di setiap perjalanan jaulah ini. Dan saya sama sekali tidak menyesalinya. Huhu :)


Mata air Wadi Musa
Sekitar Wadi Musa

Bermain bersama-sama, masak sama-sama, mandi sama-sama (syabab sahaja). Pokoknya kami lakukan semuanya bersama-sama. Tiba-tiba rasa macam saya ni dah macam ahli BKAN ni plak!

Mengikut tentafif yang dapat saya lihat daripada salah seorang AJK Jaulah Fanzuru ini, destinasi yang pertama yang kami singgah adalah di Wadi Musa. Kalimah ini adalah dalam Bahasa Arab manakala jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, ianya dikenali sebagai “Valley of Moses”. Berdasarkan sumber yang saya perolehi, ianya adalah nama sebuah pekan yang terletak di Wilayah Aqaba di selatan Jordan pada latitude 30.317N dan longitude 35.483E. Wadi Musa juga dikenali sebagai sebuah pecan yang kecil yang mempunyai banyak hotel dan restoran untuk menyambut para pelancong Petra (saya akan berbicara mengenainya sebentar lagi) dari dalam atau luar negara (Jordan).

Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Petra.


Petra adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Greek yang bermaksud batu.  Ianya adalah sebuah kota yang bersejarah dan arkeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma’an. Petra adalah satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabatea, ia merupakan 1 simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilawati. Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai “Tujuh Keajaiban Baru Dunia” pada tahun 2007 dan “Tapak Warisan Dunia” sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC (Perbadanan Penyiaran British) sebagai satu daripada “40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati”. Sumber: Internet






Sepanjang perjalanan di dalam kawasan Petra, tersangat banyak ukiran pada batu2 yang sangat menarik perhatian. Saya terfikir sejenak, bagaimana mereka mengukir semua ini? Seriously, saya pun tidak tahu bagaimana caranya. Tapi apa yang jelas, ukiran mereka sangat cantik sehingga menakjubkan ramai pelancong. Perjalanan ini (dalam Petra) mengambil masa lebih kurang 3 jam dan sangat memenatkan (bagi saya). Walaupun berasa penat, semangat untuk explore seluruh Petra itu membuak-buak. Namun apakan daya, 'letih' menjadi alasan untuk saya berhenti di tengah jalan. Bila masuk ke dalam Petra, rasa best. Bila nak keluar balik, penat sangat2 sebab tenaga dah diperah semasa mendaki bukit-bukit di persekitaran Petra ini. Subhanallah! Pemandangan yang tidak terkata.



Hampir 5 jam kami berada di sana. Keluar sahaja Petra, memang terasa nak beli ini, beli itu. Air! Sangat diperlukan ketika hendak ke sini. Namun, bekalan kami tidak mencukupi untuk menampung segala dahaga dan keletihan kami dan terpaksalah kami untuk membelinya di kedai2 yang terdapat di Petra ini. “How much? (sambil menunjukkan botol air mineral)” dan mu’allim itu membalas “One JD (RM 4.50)”! punyalah terkejut. Manakan tidak, really expensive! Memang perit kalau nak beli barang kat sini. Hampir semua barang harganya mahal.  

Zohor sudah pun menjelang (12.50pm waktu Jordan / 5.50pm waktu Malaysia), sebahagian daripada kami bersiap sedia untuk solat jama’ qosar agar tidak berebut untuk menunaikan solat nanti. Selesainya solat, perjalanan diteruskan lagi ke Aqaba. Sebelum bertolak ke Aqaba, kami diberikan peluang oleh Driver Coaster untuk melihat pemandangan Petra dari sudut bahagian atas. Bentuknya betul-betul menakjubkan. Kami berehat sebentar di situ sambil menghirup udara segar di atas bukit.


Ok, seterusnya ke Aqaba. Destinasi terakhir kami sepanjang jaulah. Aqabah? Sebuah pantai yang sangat cantik pemandangannya. Dapat melihat pergunungan yang terletak di seberang lautan yang mana ianya juga adalah tanah haram Israel yang asalnya adalah Palestin.




Di sini saya nak selitkan kisah yang berlaku di Teluk Aqaba ini. Sebelum dinamakan sebagai Al-Aqaba, bandar ini telah dikenali dengan nama yang berbeza dalam zaman yang berbeza. Ketika mana kerajaan Edomiah menguasai bandar ini, ia dikenali dengan “Eloth atau Elath” iaitu nama yang diambil dari sejenis pohon palma.

Pada era Yunani, ia dikenali dengan Berenice dan ketika penguasaan kerajaan Rum Byzantium, ia dikenali dengan pelbagai nama. Ketika penghujung zaman kerajaan Byzantium, kawasan ini telah dikuasai pula oleh Arab Ghassan yang beragama Kristian.
Bishop Yuhanna ibn Ruba’a pada ketika itu membayar jizyah pada tahun 631 di Tabuk. Tahun 639 Sayidina Umar al-Khattab singgah di Ayla dan Amru Al’as dikatakan berkubu di sini bersama tentera Islam pada tahun 634 Masihi. Mulai tahun 734 Masihi iaitu ketika zaman pemerintahan kerajaan Islam, bandar ini dikenali dengan nama Aylah. 
Era pemerintahan Islam, Aylah menjadi laluan para haji yang datang dari arah Syam. 1024 Masihi, Aylah dirampas oleh Abdullah bin Idris al-Ja’fari dari kerajaan Fatimiah. 
Antara tahun 1072-1073 Masihi, kawasan ini dilanda gempa bumi dan pada 1116 Masihi, tentera Salib menguasai Aylah. Sallehuddin al-Ayubi berjaya mengambil kawasan ini pada 1171 Masihi dan kemudiannya jatuh ke tangan tentera Salib semula dan dirampas kembali oleh tentera Sallehuddin al-Ayubi yang diketuai oleh Husamuddin Lu’lu’ pada tahun 1183 Masihi. 
Pada kurun ke-16, Aylah lebih masyhur dikenali sebagai Aqaba. Era kerajaan Uthmaniyah, tempat ini seperti ditinggalkan dan kurang berpenghuni. Namun, ia masih di bawah jajahan Turki Uthmaniyah. Keadaan lebih teruk apabila terusan Suez dibina pada tahun 1869 dan landasan Hijjaz siap dibina pada tahun 1908. 
Bandar ini kembali semula ke tangan Arab dan mula dihidupkan semula pada 6 Julai 1917 apabila gabungan tentera Arab-British mengalahkan pasukan tentera Turki yang dipimpin oleh Raja Faisal, anak kepada Sharif Hussein yang memimpin The Great Arab Revolt menentang kerajaan Turki Uthmaniyah. 
Kini Aqaba telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai pada tahun 2002 di bawah pemerintahan Raja Abdullah II dalam kerajaan The Hashemite Kingdom Of Jordan. Nama Aqaba terus kekal digunakan namun nama Aylah yang digunakan pada zaman kerajaan Islam kini digunakan di kawasan seberang Teluk Aqaba yang kini menjadi milik Yahudi Laknatullah. Mereka menamakan bandar tersebut dengan nama “Eilat”.

Menjadi pertanyaan pada kita, adakah kisah Ashabul Sabt berlaku di Aqaba?

Firman Allah SWT di dalam Surah al-A’raf, ayat 163 yang bermaksud:

"Dan bertanyalah kepada mereka (Wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik."

Ashabul Sabt adalah daripada golongan Yahudi yang menetap di sebuah kawasan bernama Aylah yang terletak di Teluk Bahrul Kholzoum atau dikenali dengan nama Laut Merah (kini dikenali dengan Eilat di Israel yang terletak berdekatan Aqaba di Jordan.

Allah SWT telah mengharamkan ke atas kaum tersebut untuk tidak menangkap ikan pada hari Sabtu. Lalu Allah menguji mereka dengan memperbanyakkan ikan pada hari Sabtu sehinggakan boleh dilihat dengan banyaknya dipermukaan laut. Pada hari yang dihalalkan menangkap ikan, tidak kelihatan pula ikan-ikan di permukaan laut. Puak tersebut telah mengingkari perintah Allah dan tetap menagkap ikan pada hari Sabtu.

Lantaran itu, puak-puak di Aylah terbahagi kepada 3 golongan.
(1)    Kelompok yang melanggar perintah Allah dan tetap menangkap ikan.
(2)    Kelompok yang melarang mereka menangkap ikan.
(3)    Kelompok yang hanya berdiam diri.

Golongan ketiga telah berkata kepada golongan kedua sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-A’raf, ayat 164 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa."
Kemudian, Allah telah menurunkan azab kepada puak Yahudi tersebut sepertimana firman-Nya di dalam Surah al-A’raf juga, ayat 165 hingga 166 yang bermaksud:

(165) "Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)."
(166) "Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina."
Semoga kita mengambil iktibar dan ibrah dengan kisah yang telah diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran. Dalam kita melancong, sentiasalah kita beringat dengan kisah-kisah / kejadian-kejadian yang menimpa kaum dan umat terdahulu. Mereka inkar lalu Allah terus memberikan azab dan balasan kepada mereka. Umat kita? Maka terlalu beruntunglah kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Kita masih diberi peluang untuk bertaubat meskipun kita banyak langgar perintah-Nya dan setelah melakukan kesilapan. Allahu Akbar! Maka itu, sentiasalah memohon keampuanan pada-Nya (pada diri sendiri dan suhabi sekalian).

Read more…

Friday, 5 September 2014

[Gallery 1] The City of Amman

A view of surrounding the city of Amman.
That mosque has become a landmark and known as Masjid Hussin among us.
The pavement of Amman - beside a gift shop.
From left: Hanif Helmi, Amerul Arif, Nasrullah and Ekmal Hakim.
Muhammad Hanif bin Khairul Helmi, a guy who always become an annoying person and nuisance. Bro, please do not stare at me with a deadly stare! Haha  
In front of fruit store with a little bit of irritated posing.
In front of Masjid Hussin.
From left: Farhan, Ekmal Hakim, Zahid Addin, Faiq, Me, Shafiqah, Muna Bazilah, Suaidah, Adawiyah and Athirah
Credit to Syafiq Aziz for his DSLR.

Read more…

Jelajah Karak Castle

(28 Oktober 2012/12 Zulhijjah 1433) - Tulisan ini telah ditulis pada tarikh tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim!


Kubu? Selalu sinonim dengan pertahanan. Sebelum itu, anda semua boleh membaca kisah mengenainya terlebih dahulu.


Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi. Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba. 1142 M, Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak (Montreal) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini. Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin. Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan. 
Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly. Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan. Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka. 
Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya. Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam. Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut. Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut.  
Sumber : Internet


Dah baca? Menarik bukan cerita di sebalik semua ini. Alhamdulillah, Allah bagi kami kesempatan untuk melawat tempat bersejarah ini. Kami pergi selepas selesainya makan-makan di Majlis Korban PERMATA (Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah) bersama semua pelajar-pelajar di mantiqah(negeri) tersebut. Selesainya makan, kami pulang ke rumah dan rehatkan badan sekejap. Lebih kurang jam 3.00 petang, kami pun bertolak ke Castle Karak yang terletak di daerah Karak dengan tambang 30 qursy (0.30 x 4.40=?) - convert to RM!


Di sini juga kami semua boleh lihat pemandangan di bawah, memang gerun! Kalau siapa yang gayat aku nasihatkan tak usah la nak panjat sana panjat sini. Silap-silap hari bulan arwah jawabnya.


Waktu senja semakin hampir dan kami terpaksa berjalan keluar dari kawasan tersebut. Kami juga sempat singgah di kedai yang terdapat di sana untuk membeli keperluan musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi. Kami sangat beruntung kerana kami menemui kedai borong yang menjual barangan syita' dengan harga yang berpatutan. Penjual kedai tersebut juga sangat peramah. Mereka melayan kerenah kami ketika membeli.

Selesainya berborong, apa lagi? Kami pulang ke Mu'tah. Sampai rumah terus rehat!





Setiap gambar akan ada cerita mengenainya dan setiap cerita akan ada penghujungnya! Itulah putaran kehidupan kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta.

Mengenai ukhwah yang terjain antara kami adalah satu nikmat yang patut aku syukuri. Tiada mereka yang bergelar sahabat maka tidak akan lengkaplah kehidupan aku sebagai penghuni dunia yang sementara ini. Mereka ibarat butiran tasbih yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya tidak akan pernah berhenti berzikir dan mengingati Yang Maha Esa, itulah ukhwah! Aku hanya mampu berdoa semoga ikatan setiap antara kita akan terus terjalin dan tidak akan pernah putus di tengah jalan. Mudah-mudahan Allah akan menjaga ukhwah ini.

P/s: Ayat sedikit poyo di situ! Haha.

Read more…

Wednesday, 12 February 2014

Syurga Kasih Ibu


Ya, jarak beribu-ribu batu antara kami membuatkan ingatanku pada ibu semakin mekar bagaikan bunga. Ibu yang tidak pernah mengeluh dalam membesarkan kami adik beradik. Seorang ibu yang begitu tegar dalam meneruskan kehidupan ditambah pula membesarkan anak-anak yang degil seperti kami tanpa suami di sisi. Bagiku, ibu adalah yang terbaik buat kami. Cukup hanya ibu yang menjadi ibu kami.

'Ma' adalah gelaran si anak kepada si ibunya. Membesarkan kami adik beradik dengan penuh perasaan kasih dan sayang yang tidak terhingga. Ibu jugalah yang meleraikan kami adik beradik di saat kami bergaduh dengan diberinya nasihat untuk kami. Ya, kami tahu ibu sangat penat dan lelah melayan karenah kami tetapi ibu tidak pernah menonjolkan perasaan resah ibu itu. Maafkan kami jika kami tidak dapat menjadi anak-anak yang ibu harapkan.

Ibu juga tidak pernah membiarkan kami kelaparan. Diberinya makanan sehingga kami kekenyangan. Bukan makanan yang biasa-biasa, bahkan makanan yang kami sendiri inginkan walaupun ibu hanya mengalas perut ibu dengan ikan rebus dan sedikit ulam-ulaman. Apa yang kami inginkan, ibu sentiasa berusaha untuk memenuhinya. Tidak pernah ibu mengecewakan kami. Maafkan kami jika kami bersikap terlalu melampaui batas sebagai seorang anak duhai ibu.



Namun, permintaan ibu tidaklah sebanyak seperi mana permintaan kami kepadanya. Ibu hanya menginginkan kami untuk menjadi seorang anak yang soleh juga solehah. Anak yang soleh dan juga solehah adalah harta yang sangat berharga buat ibu kerana dengan sedemikianlah yang dapat membantu ibu di sana kelak. Kami sayu kerana kami takut tidak dapat menunaikan permintaan ibu. Walau bagaimana sekali pun, kami berharap agar kami tidak mengecewakan ibu. Maakan kami duhai ibu. 

Ibu, di hari yang penuh barakah ini, kami memohon seinfiniti kemaafan daripada ibu di atas segala karenah dan tindak tanduk yang kadang kala mengecewakan ibu. 'Selamat Ulang Tahun' kami ucapkan kepada ibu. Barakallahu fik. Semoga Allah memberikan kedamaian dan ketenangan hati kepada ibu dan juga semoga Allah menempatkan ibu di kalangan mereka yang ahli-ahli syurga di akhirat sana kelak, In Sha Allah. 

Ibu, syurga kami berada di bawah telapak kaki ibu. Siapalah kami tanpa ibu di sisi. Ibu yang telah mengandungkan kami sembilan bulan lamanya dan seterusnya membesarkan kami. Ibu jualah yang menjadi guru pertama kami dalam mengenal tuhan. Terima kasih di atas segala penat lelah yang telah ibu curahkan dalam menjadikan kami orang-orang yang berguna. Terima kasih ibu! Kami sayang ibu hingga ke syurga sana. Ibulah permata buat kami. Kilauan permata ibu sentiasa berada di hati kami, In Sha Allah.

Abang Long - Abang Ngah - Kak Chik - Adik Najie
Darr al-Firdaus, Mu'tah
12 Februari 2014 | 1315 - Jordan

Read more…

Tuesday, 11 February 2014

[Travelog 3] Pautan Hati Di Haramain

Bismillahirrahmanirrahim..

[30 Januari 2014 - 7 Februari 2014]

Sebuah perjalanan yang mengambil masa hampir 27 jam untuk tiba ke destinasi yang tidak pernah sunyi sebagai 'Pusat Perlancongan' oleh berjuta-juta penduduk seantero dunia. Sebuah destinasi yang sangat diingini oleh setiap manusia yang bergelar muslim untuk berkunjung padanya. Sebuah destinasi yang sangat didambakan oleh sang pendosa dalam meraih cinta dan rahmat daripada-Nya. Dalam bermonolog, terlintas tanya hati, "Layakkah aku?". Namun, keizinan Allah mengatasi segalanya. Ya, kerana Allah mengizinkannya.


Di Miqat Bi'r Ali

Dalam Perjalanan Ke Masjidil Haram
Cinta-Nya yang ku dambakan. Ku hamparkan sujudku hanya untuk-Nya. Ku linangkan air mataku hanya pada-Nya. Kerana Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbuku di kalbu kecil lagi hitam ini. Sang pendosa yang penuh dengan noda. Hanya pada-Nya aku merintih. Kerana hanya Dia Yang Maha Mendengar segala isi hati sang hamba. Dia, Allah Yang Esa!

MAKKAH AL-MUKARRAMAH



Detik perjalanan ini sangat memakan masa dan tenaga dalam badan. Ditambah pula dengan kondisi kusyen bas yang membuatkan segala jenis tulang rusuk bagaikan hendak reput dan patah. Namun, itu semua tidaklah menjadi penghalang buatku. Segala kekuarangan itu dapat ku terima dengan seadanya. Kerana cinta-Nya yang ku dahagakan.

Dalam itu, aku hanya mampu berdoa, "Sampaikanlah aku di tanah itu Ya Allah!" dengan penuh pengharapan. Kerana bila-bila masa sahaja ajal itu akan tiba. Dan aku bersyukur atas izin dan rahmat-Nya. Hanya kalimah 'Bismillahi Allahu Akbar' yang mampu aku tuturkan pada bibirku di saat Kaabah benar-benar berada di hadapanku, di hadapan kedua biji mataku yang dulunya tidak pernah lekang daripada melihat sesuatu yang maksiat kepada-Nya. Aku menangis. Aku tidak menghiraukan walau sesiapa sekali pun melihatku dalam keadaan tersebut. Salahkah sang pendosa seperti aku menangis kerana dosa-dosa lampau? 



Kaabah yang dulunya hanya mampu ku lihat melalui media massa, kini ku lihat dengan penuh kagum dan takjub. Masjidil Haram yang dulunya ku idamkan untuk menziarahinya, kini ku dapat merasai bagaimana nikmatnya apabila diizinkan untuk solat di dalamnya. Ya, dengan duit membolehkan kita untuk ke sana Akan tetapi ingatlah pada hakikatnya, Dia yang menentukan dan Dia yang mentakdirkan pada hamba-hamba-Nya dengan keredhaan-Nya.


Dari Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Satu sambahyang di masjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (di Mekah); dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain". (HR Imam Ahmad)

Sesuai dengan galakan daripada Baginda Nabi Muhammad S.A.W, berpusu-pusu ribuan manusia malah mungkin berjuta-juta manusia menghala kepadanya, iaitu Masjidil Haram. Cinta agung kepada-Nya membuatkan kami selaku hamba-hamba-Nya yang hina sedikit pun tidak membuatkan kami berasa kepenatan dek kerana jarak hotel dan Masjidil Haram yang agak jauh sedikit. Namun, aku bersyukur kerana pada awalnya hotel yang kami perolehi lebih jauh berbanding hotel yang kami peolehi selepas beberapa masalah yang timbul semasa check-in hotel. Segala puji bagi-Nya yang memudahkan segala urusan kami semasa berada di sana. Al-Hamdulillah, ianya semakin memudahkan kami dalam melaksanakan segala ibadah kepada-Nya. 

HAJARUL ASWAD (BATU HITAM)


Dari Ibnu Abbas R.A, dikatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Hajarul Aswad daripada batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda daripada bumi yang turunnya daripada syurga selain batu itu".(HR Tabrani)


Siti Aisyah R.A mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Di saat seluruh manusia berebut dalam mendapatkannya, aku hanya berdoa kepada Yang Maha Esa agar diberikan peluang ini kepada aku. Aku berjalan bahkan dihimpit dengan penuh tenang oleh kebanyakan orang kerana aku yakin, jika Dia mengizinkan, tidak ada sesuatu sekali pun yang dapat menghalang kehendak-Nya. 

Beberapa langkah sebelum tibanya di Hajarul Aswad, aku berhenti sejenak di tepian Kaabah. Aku memegangnya. Detik itu jualah air mata ini bergelinangan mengenang dosa-dosa yang telah dikerjakan tanpa sedikit perasaan takut kepada-Nya. Astaghfirullah! Jauhnya hamba dari-Mu Ya Allah! Segala dosa terlintas di benak fikiranku. Dosa manakah yang tidak aku kerjakan?! Aku melihat orang-orang di sekelilingku juga sedemikian. Memohon keamapunan daripada-Nya dengan penuh penyesalan, dengan menggunakan bahasa mereka tersendiri. 

Lantas, tanpa melengahkan masa, aku terus menuju ke arah batu tersebut dengan air mata yang masih berbaki di pipi. Langkah demi langkah, aku terus mencuba walaupun dihimpit dek badanku yang kecil ini. Kalbu hanya mampu menyiapkan diri dan terus berdoa, "Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengucup batu itu. Izinkalah dengan kehendak-Mu. Izinlah aku untuk menjadi di kalangan mereka yang beruntung". 

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Dia mengizinkan aku. Aku mengecapinya. Aku mengucupnya dengan penuh rasa hiba di hati kecil ini. Al-Hamdulillah, Dia menggolongkan aku di kalangan mereka yang bertuah. Thummal Hamda Lillah.

Perasaan sedih itu kembali lagi apabila melakukan tawaf wida' di saat hendak meninggalkan Kota Suci Makkah. Aku melambai-lambai Kaabah dan berdoa semoga masih diberi kesempatan untuk ke sana lagi, In Sha Allah.

MASJID QUBA'


Masjid Quba'
Jarak antara Makkah dan Madinah lebih kurang 400 kilometer. Sebelum tibanya di Madinah, rombongan Umrah kami sempat untuk singgah di sebuah masjid putih yang diberikan nama Masjid Quba'. Masjid Quba’ adalah masjid pertama dibina Rasulullah S.A.W sesampainya di Madinah Munawwarah. Quba’ diberi nama sempena nama telaga disitu. Oleh kerana masjid pertama dibina maka ia mempunyai keistimewaan walaupun tidak sebanding Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tapi ia tetap ada keunikannya. 



Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah". (HR Ibn Majah)

JABAL UHUD (BUKIT UHUD)


Jabal Uhud
Bukit ini adalah sebuah bukit yang pernah menjadi medan peperangan antara umat Islam dengan kaum kafir Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan manakala tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah S.A.W. Di dalam peperangan ini, Rasulullah telah membahagi tentera Islam kepada 3 kumpulan; pasukan kanan dan kiri berhadapan dengan musuh manakala sepasukan memanah ditempatkan di jabal uhud.

Jabal Uhud - Bahagian Pasukan Memanah
Peperangan ini menunjukkan kepada kita bahawa harta bukanlah segalanya. Tentera Muslimin yang berada dalam pasukan memanah akhirnya turun daripada bukit tersebut kerana dahagakan harta yang telah ditinggalkan oleh kaum Musyrikin tanpa mengendahkan arahan yang telah diberikan oleh Rasulullah S.A.W yang memerintahkan agar tidak turun daripada bukit tersebut sebelum mendapat perintah daripada baginda. Akhirnya, tentera kaum Musyrikin menyerang balas kembali kepada tentera Muslimin apabila mereka melihat tentera kaum Muslimin telah turun daripada bukit tersebut dengan menyerang secara hendap daripada belakang yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid (sebelum memeluk Islam), seorang ketua tentera berkuda Quraisy.

MADINATUL MUNAWWARAH

Sebuah masjid yang terdapat di dalamnya Makam Khotimul Anbiya' Sayyidina Muhammad S.A.W dan dua orang sahabat Baginda; Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Omar. Makam baginda dan kedua sahabat baginda benar-benar berada di bawah kubah hijau (lama) masjid tersebut. Sebuah masjid yang terdapat di dalamnya Raudhah.


Mihrab Nabi Muhammad S.A.W dalam Raudhah
Raudhah juga tidak terlepas daripada 'serbuan' para kunjungan daripada pelbagai bangsa. Raudhah terletak di antara rumah Rasulullah S.A.W  dan juga Sayyidatina Aisyah R.A dengan mimbar baginda. Sekarang, rumah baginda telah pun menjadi makam baginda dan kedua orang sahabat. Nama bagi Raudhah telah diberikan oleh Rasulullah S.A.W sendiri. Bagi memasuki kawasan Raudhah ini, para jemaah berduyun-duyun menujunya untuk melaksanakan amal ibadah. Sebagai tanda, kawasan Raudhah ini ditandai dengan karpet bewarna hijau.


Rasulullah S.A.W bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga)". (Hadis Riwayat Bukhari)

Hal yang sama aku lakukan ketika berdoa dalam menuju Raudhah, "Ya Allah, izinkanlah aku mengerjakan amal ibadah di dalamnya". Al-Hamdulillah, aku memperolehi sebanyak 4 kali dalam memasuki kawasan tersebut. Sebuah kawasan yang dikabulkan doanya. Namun, di sini juga aku belajar betapa nikmatnya jika dalam merebut Raudhah ini, masih lagi dapat berkongsi dengan orang lain. Ya, bukan senang dalam 'perarakan' manusia menuju ke tempat yang sama masih lagi sempat berkongsi tetapi itulah hakikatnya. Kita menghormati orang dan orang pula yang akan menghormati kita. Alangkah indahnya, dalam berbahagi tetapi masih menjaga adab dan sama sekali tidak aku nafikan bahawa ada yang bertekam lidah sesama muslim dalam merebut Raudhah ini. Masing-masing hendak keselesaan tersendiri. Ruang sujud yang mencukupi dan sebagainya. Itulah lumrah! 


Makam Nabi Muhammad S.A.W dan kedua sahabat Baginda;
Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Omar
Sedih masih lagi berlegar dalam hati kecil ini saat diberikan kesempatan untuk menunaikan solat dalam Raudhah yang mana sebelahnya terletaknya Makam Nabi Muhammad S.A.W yang teramat kita rindui. Susuk tubuh yang pastinya yang trlebih dahulu merindui kita berbanding kita umat akhir zaman. "Assalamu 'alaika Ya Rasulullah", ucapan yang keluar daripada bibirku di saat melewati makam baginda dengan linangan air mata yang bercucuran di pipi. 



Manakan tidak, susuk tubuh yang kita sayangi dan cintai tanpa pernah melihatnya walaupun hanya sekali dapat kita ziarahi pada akhirnya. Sepanjang aku berada di Madinah, aku sering menziarahi makam Baginda kerana aku khuatir tidak berkesempatan lagi untuk ke sana. Malunya aku pada Baginda, seorang umat yang jarang mengikuti sunnahnya tetapi dengan mudah mengaku mencintai Baginda. Layakkah aku mendapat syafaat Baginda di sana kelak? Layakkah aku ke syurga-Mu Ya Allah? 

PERKUBURAN BAQI'



Perkuburan ini terletaknya di belakang Masjid Nabawi yang mana didiami oleh para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Aku juga berkesempatan untuk menziarahi perkuburan ini beberapa kali kerana ianya hanya dibuka ketika adanya kematian dan waktu melawatnya hanyalah pada selepas subuh dan asar. Apa yang boleh dikatakan, sepanjang aku berada di Madinah mahupun Makkah, setiap hari pasti akan ada beberapa kematian dan pastinya akan disolat di kedua-dua haramain ini. Di kedua-dua kota ini sentiasa mengingatkan aku akan kematian yang mana pada bila-bila masa sahaja akan dijemput oleh-Nya. Siapkah aku? Ya, aku juga teringin dicabut nyawaku di saat aku mengerjakan amal ibadah ditambah pula berada di tanah suci ini. Namun, pastikah aku bahawa syurga untukku? Kecapikah aku akan rahmat-Nya? 

Di perkuburan ini terdapatnya jasad para isteri Nabi kecuali Siti Khadijah yang dikebumikan di perkuburan Ma'ula di Kota Suci Makkah, Imam Malik, para Ahlul Baiyt, para syuhada dan banyak lagi.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda:“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.




Tanah Haramain pasti aku merinduinya. Di kala hati tidak tenang, di sanalah yang menenangkan aku kerana 'adanya' Baginda S.A.W di Madinah dan aku berasa hampir dengan-Nya ketika di Makkah. Tanah yang pasti akan ku kembali dengan izin-Nya. Mendambakan cinta Yang Maha Agung dan cinta dari kekasih-Nya. Tanah yang mengembalikan semangat yang dulunya hilang. Tanah yang penuh dengan kesuburan iman dan taqwa. Mudah-mudahan, diri ini akan ke sana lagi demi cinta kepada Khaliq dan Baginda S.A.W.

Benarlah kata Pak Long, bahawasanya seseorang itu sangat rugi jika bertandang ke sini namun ianya tidak menangis.

Kalam Amir
Darr al-Firdaus, Mu'tah
12 Februari 2014 | 0621 - Jordan

Read more…