Kepimpinan bukanlah semata perlu menyemak fail, mengadakan perjumpaan bulanan beberapa kerap dalam menyelesaikan masalah dan isu dan sebagainya.
Saya lebih suka katakan bahawa kepimpinan perlu dimulai dengan latihan pada diri sendiri terlebih dahulu, terutama jika pemimpin itu adalah lelaki. Ya, ramai yang akan bilang, "Orang lelaki yang bujang biasalah kalau hidup macam ni. Tak perlu la nak bajet sangat".
Sembang seorang kawan, "Kau nak tahu tak, masa aku gi rumah pimpinan syabab punyalah bersepah macam bukan rumah orang. Dengan barangnya berselerak, baju tak tersidai, ditimbunnya pula dalam bagasi, tandas? Uh, lagi la teruk. Daki dia aku nak cerita pun geli. Kalau macam tu lah, aku tak rasa dia seorang pemimpin yang baik. Apatah lagi nak pimpin orang lain. Sembang dia bukan main kencang, tapi hampeh! Nak-nak akhowat, bukannya dia tahu yang rumah dia tu macam ni. Memang melambung la pujian akhowat kat dia. Hakikatnya? Huhhh..".
Aku hanya terdiam.
Terkunci.
Semua orang sibuk. Masa 24 jam satu hari. Tiada kurang, tiada lebih. Perbezaan? Carilah pada diri sendiri.
Bila darjat semakin meninggi di kalangan manusia, semakin anda akan sentiasa ada pujian dan undangan. Maka jagalah reputasi diri anda sebagai seorang pemimpin yang KEMAS, bukan sekadar berkaliber dan pandai menanam tebu pada bibir sahaja.
Tidak elok dan tidak molek jika diperkatakan sebegini rupa, tetapi itulah DUNIA KEPIMPINAN! Sentiasa akan dipandang dan dikritik. Mendengar? Terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
Tahniah dan takziah kepada semua kepimpinan baru sesi 2015/2016.
* Lepas ni boleh adakan ziarah mahabbah ke rumah pimpinan pula, kita lihat dan kita nilai. Berwaspada!